KEM REMAJA MUSLIM SUPER!!!

 

Saya yakin anda sebagai ibu bapa mengakui, cabaran yang besar dalam mendidik anak remaja di abad moden ini. Anda tentu risau sekiranya anak anda terjebak dengan gelaja sosial dibawah : –

1. 257,00 anak luar nikah
2. Umur 17.5 tahun, remaja diMalaysia “Terlanjur”.
3. Merokok, Rogol Rempit dan Dadah.

Namun tahukah kita bahawa 1400 tahun yang lampau sebelum kedatangan ISLAM, semenanjung tanah arab mengalami keruntuhan akhlak yang jauh lebih dasyat daripada kita sekarang ini??? Apakah “solusi” yang menukarkan mereka

“from ZERO to HERO”.

Dan dengan hanya tidak sampai 50 Tahun Mereka menjadi Komuniti yang mengusai DUNIA!!!

P/S Sila Download Brocher Kami Untuk Maklumat Lanjut…

Side A https://www.facebook.com/photo.php?fbid=655674167791432&set=a.174803212545199.47476.100000465654691&type=1&theater

Side B https://www.facebook.com/photo.php?fbid=655674194458096&set=a.174803212545199.47476.100000465654691&type=1&theater

 

SIDE A

 

 

 

SIDE B

 

PENEMPATAN YANG SANGAT SELESA

Salah Satu Rumah Peserta

 

 

Leave a comment »

Motivasiagama : BELAJAR DARI SEBUAH KEGAGALAN.

Kegagalan… Satu Frasa yang sangat ditakuti oleh semua orang. Hatta kepada orang yang memang menyiapkan dirinnya untuk gagal… Namun sedarkah kita… Kegagalan adalah “TANGGA-TANGGA MENUJU KEJAYAAN”… Orang yang gagal sebenarnya bukanlah orang yang lemah atau bodoh. Namun mereka sebenarnya adalah orang-orang yang bakal meraih kejayaan…. Dengan “SYARAT”, mereka mesti bangkit dan terus berlari tampa henti…

 

Janji Allah Itu Pasti Saudaraku… Disebalik Kesedihan, kesusahan dan kegagalan adanya KEJAYAAN YANG MENANTI…

 

 

Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]

 

Leave a comment »

AKU DAN CINTA : Bila Cinta Itu Berbicara…

Bila cinta itu berbicara,

Hanya hati sahaja yang bisa merasa

Denyut nadi berdengup ketara,

mengharap bahagia dari Zikir CINTA.

Islam tidak pernah mengharamkan cinta, bahkan Islam menghalalkan cinta. Ramai dikalangan masyarakat kita yang berjilbab labuh juga berketayap putih dengan mudah menghina cinta. Dengan mengatakan cinta ini haram, penyakit hati. Bahkan ada dikalangan bekas temanku yang berserban putih juga berjubah dengan dangkal nya mengatakan….

PERKAHWINAN ini lagha…Ana tak mau kawin, ana nak jadi abid kepada Allah s.w.t.

Perkahwinan ini menganggu ibadat.

 

                Begitulah kejahilan ummat hari ini, yang mengenal Islam dengan aqal fikirnya sahaja. Fikrah sebegini juga menjarakkan lagi golongan muda yang baru bertatih mengenal Islam. Cinta itu halal. Bahkan tidak salah untuk kita berasa tertarik untuk mengenali seseorang Muslimat. Itu lumrah ya akhi… Malah juga halal untuk merasa tertarik kepada muslimah yang lain walaupun kita telah beristeri sekalipun (Harap Isteriku yang tercinta Ummu Uwais jangan salah sanggaka ya sayang). Namun ada cara dan kaedahnya. Iaitu dengan LAFAZ SAKINAH PERNIKAHAN.

 

Sejujurnya ya akhi, cinta itu sebelum pernikahan TAWAR rasanya. Seperti Tea’ O tanpa gula untuk pesakit Diabetis. Ramai yang kemaruk bercinta, berjalan kehulur kehilir , kesana –kemari, berpegang tangan malah ada yang perpeluk sakan mengatakan inilah kemanisan cinta. “Halawatul Hubb” katanya.  Cinta saat itu tawar. Kerana kita tidak mampu menikmati cinta itu setiap detik dan saat. Jika berdating sekalipun, hati akan gundah gulana memikirkan tembelang maksiatnya akan pecah dan diketahui ibu bapa. Cinta tawar ini akan meresahkan jiwa. Melemahkan semangat. Dan yan pasti membajakan dosa juga mendekatkan neraka…Ingat akhi wa Ukti… Nikmat Maksiat akan hilang dengan beredarnya waktu… Namun kesan Dosa itu akan kekal meresahkan hati kita selama-lamanya…

Cinta sejati itu adalah bercinta hingga ke Syurga dengan iakatan yang halal. Ertinya cinta itu sentiasa segar dan pastinya manis selamanya hingga kesyurga… hari-hari yang dilalui bagi cinta sejati ini bagaikan bulan madu yang tiada penghujung. Kebahgian dan rasa cinta itu akan sentiasa subur, selagi mana cinta itu dibajai dengan iman dan ibadah kepada Sang Pengurnia Cinta. Allah s.w.t

 

CINTA SEBELUM KAWIN

Bergewe Dosa

Berbual gedik-gedik dan Manja Dosa

Pegang Dosa

Pandang Lama-lama Dosa

Dating Dosa

Tidur Bersama Lagilah Dosa.

CINTA SELEPAS KAWIN

Bergewe dengan Isteri Pahala

Buat gedik-gedik dan manja-manja dengan Suami Pahala

Cubit pipi Isteri Pahala

Tenung Lama-lama Isteri Sampai dia cair macam Coklat  Pahala Hehe

Dating Sambil pegang tangan kat KB Mall Pahala

Isteri Suap Suami sambil gigit manja jari isteri tue Pahala

Tidur Bersama Dengan Isteri Lagilah dapat pahala berganda-ganda.

                Romantikkan…. Anda sendiri dapat merasai kemanisan Cinta saat tu. Best sangat tanpa perlu lagi rasa takut-takut. Jesteru solusi Cinta adalah perkahwinan. Percayalah bahagia itu akan hadir. Ramai sahabat yang ingin berkahwin terutamanya disaat belajar tercari-cari bagaimana caranya. Duit tak ada, mak ayah tidak bagi, kerja tak ada dan jutaan masalah lagi yang datang menghantui, terus menghalang niat suci Ustaz dan ustazah ini…

Kalau ditanya padaku apa  bekalan yang kita perlu ada sekiranya ingin berkahwin disaat Study. Bagiku adalah ILMU!!!. Hanya itu cagaran yang mampu kita berikan. Bukannya dengan bekerja sambil meninggalkan pelajaran. Muhasabah dan koreksi diri kita. Sejauh mana ilmu yang kita dapati saat ini. Terutamanya mahasiswa aliran agama. Soal diri anda. Adakah anda sudah mengusai ilmu yang telah dipelajari??? Adakah anda telah belajar sehingga tahap maksiama untuk mengapai ilmu itu??? Sejauh mana result semester anda??? Mampukan anda berada dihadapan masyarakat untuk tazkirah ringkas 5 minit bagi berkongsi ILMU… mantapkan ILMU antum semua… Kerja akan datang tanpa kitaperlu mencarinya….

Iklaskan niat perkahwinan ini kerana ingin mengelakkan maksiat kepada Allah. Berdoalah bersungguh pada Allah … Titiskan air mata pada tuhan pencipta. Adukan ketakutan hatimu pada Allah tentng takutnya dirimu terjemab di lembah maksiat. Percayalah Allah itu dekat.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.                                                                        (Al-Baqarah:187)

Leave a comment »

MOTIVASIAGAMA : Mengkritik Jangan Sampai Menghina…

Aku dedikasikan WARKAH CINTA BERBAU RINDU buat adik-adiku yang tercinta…..

 

 

Guru dan Murid itu bagai aur dan tebing, tidak mungkin akan dapat dipisahkan… Tiada guru pincanglah murid. Tiada Murid tempang lah guru… Khilaf antara kita pasti ada. Namun bagaimana cara kita mengatasinya dengan situasi yang berbeda… Guru-guru itu manusia adikku… tidak sempurna… pasti ada cacat dan kurangnya. Namun mereka juga manusi ada hati dan perasaan yang perlu dijaga sentiasa… Walau sedaif mana ilmu mereka… mereka tetap guru kita… ada cara yang paling lunak untuk kita menasihati hati-hati mereka akan kesilapan yang mungkin  terjadi atas ketidaksempurnaan manusia. Kadangkala kita amat membenci mereka… tapi boleh jadi disebalik kekurangan mereka itu ada satu kelebihan yang Allah jadikan untuk mengajar kita menjadi manusia…

 

SITUASI :         KUIN

MASA :              2009

MADAH :         AQIDAH ISLAMIYYAH

PENSYARAH : USTAZ ABDUL NASIR

PELAJAR :       MOHD HAFIDZ MOHD ZAWAWI.

Hafidz : “Tak bestnya madah Aqidah ni Boring sungguh”…. Getus hati kecilku. Boleh jadi guru tua itu memahami kebosanan anak muridnya ini… kerana gayanya ajarannya garang, tidak faham, berbelit, baris baca tak betul, jawapan yang ditanya tak dijawab tepat dan sebagainya…..

Ustaz Abdul Nasir :

“Ana tau antum tak suka kelas ana, namun anta kena terima kerana saat ini ana guru antum” andai anta tak suka!!! Anta belajar bersungguh-sungguh dan jadi ulama yang lebih baik dari ana… dan ajarkan pelajar-pelajar antum suatu hari nanti dengan cara yang lebih baik daripada apa yang ana mampu lakukan pada antum” hanya ini saja kemampuan ana dalam mengajar antum……

 

Kata-kata itu begitu berbekas padaku hingga hari ini, hingga aku berazam ingin mengajar ummah ini dengan Islam yang sebenar. Lebih mudah, sederhana dan penuh kasih sayang.

 

Mungkin ramai yang perasan….. ketika EXAM. Aku akan menulis berpuluh-puluh kali nota yang aku hafal di MINDAKU diatas lembaran kertas berulang kali sehingga ingat… Hingga adik-adikku akan bertanya “Banyaknya abg apiz tulis balik x letih ko… hafal dah kan ….bakpo kena tulis balik????” Aku tidak menjawab soalan itu hinggalah rahsia itu aku dedahkan hari ini….

Guru tua yang garang, yang kami tidak faham kuliahnya itulah yang mengajarkanku….

 

USTAZ ABDUL NASIR :

“Hafiz…. Anta kena HAFAL sebijik macam dalam NOTA ana bagi… Lepas dah hafal tulis balik atas kertas sampai ingat…”.  Inilah rahsia ana masa belajar di MESIR dahulu…

 

p/s : Hari ini kita menjadi murid…. Suatu hari nanti kita akan menjadi Guru…. Pasti saat itu nanti kita mengharapkan anak murid kita masih menghormati dan beradab saat khilaf dengan KITA…. (“,) Berdakwahlah dengan KASIH SAYANG….

Comments (1) »

DIARI CINTA SEORANG DAIE : Kesetianku Pada Taatmu (",)

“Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?” Tanya si ayah Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.
“Tentu saja, wahai ayahku,” jawab Fatimah lembut.
“Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang baik budi pekertinya bernama Siti Muthi’ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu.”
Gerangan amal apakah yang dilakukan oleh Siti Muthi’ah sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri pun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju ke rumah Muthi’ah bersama puteranya Hasan yang masih kecil itu.
Begitu gembira sekali Muthi’ah apabila mengetahui tetamunya ialah Puteri Nabi yang disanjunginya itu. “Sungguh bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun, maafkanlah aku sahabatku. Suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki di rumah ini.”
“Ini Hasan puteraku sendiri. Dia kan masih anak-anak.” kata Fatimah sambil tersenyum.
“Namun, sekali lagi maafkanlah aku, aku tidak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah.”

Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi’ah dan menjadi semakin kagum serta berhasrat menyelami lebih dalam lagi akhlak wanita ini. Lalu dihantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke rumah Siti Muthi’ah.
“Aku jadi berdebar-debar,” Sambut Siti Muthi’ah. “Gerangan apakah membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?”
“Memang benarlah Muthi’ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku kesini. Ayahku mengatakan bahawa engkau adalah wanita berbudi pekerti yang sangat baik. Kerana itulah aku kesini untuk meneladanimu, Wahai Muthi’ah.”
Siti Muthi’ah gembira mendengar kata-kata Fatimah. Namun, Siti Muthi’ah masih ragu. “Engkau bergurau sahabatku? Aku ini hanya wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apa pun seperti yang engkau lihat sendiri.”
“Aku tidak berbohong wahai Muthi’ah, ceritalah padaku agar aku bisa meneladaninya.”
Siti Muthi’ah terdiam, hening seketika.
Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil itu. “Buat apa ke tiga benda itu Muthi’ah?” Tanya Fatimah.
Siti Muthi’ah tersenyum malu. Namun setelah didesak, beliau pun bercerita. “Engkau tahu Fatimah, suamiku seorang pekerja yang memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Ketika dia pulang, cepat-cepat aku sambut kepulangannya. Ku buka bajunya, ku lapkan tubuhnya dengan kain kecil ini sehingga kering keringatnya. Lalu dia pun berbaring di tempat tidur melepaskan lelah. lalu aku kipasi beliau sehingga lelahnya itu hilang dan tertidur lena.”
“Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi’ah. Lalu untuk apa pula rotan ini?” soal Fatimah lagi.
Jawab Siti Muthi’ah. “Kemudian, aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah dia bangun dan mandi, ku siapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku bertanya kepadanya, Oh kekanda, jika layananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak ku ulangi.”
“Seringlah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi’ah?” tanya Fatimah berdebar-debar.
“Tidak pernah, Fatimah, bukan rotan yang diambilnya, tetapi akulah yang ditarik dan dipeluknya dengan penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari,” jawabya lembut.
“Jika demikian, sungguh luar biasa, wahai Muthi’ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik,” kata Fatimah yang amat kagum dengan budi pekerti yang dimiliki oleh wanita berwajah tenang itu.


KETAATAN ITU BAGI SEORANG ISTERI BAGAI SYURGA YANG HAMPIR PASTI BUAT SEORANG WANITA…
DAN KETAATAN ISTERI BAGI SEORANG SUAMI BUKANLAH KUASA UNTUK MEMAKSA, NAMUN IA MERUPAKAN SEBUAH PENGHORMATAN YANG SANGAT BESAR BAGI MENAMBAH KASIH SAYANG JUA KESETIAN PADA ISTERI YANG MENJADI PENDAMPING YANG SANGAT DICINTA… (“,)

Leave a comment »

DIARI CINTA SEORANG DAIE : Aku Akan Belajar Bersyukur… (",)


Aku masih belajar Untuk menerima semua ini
Belajar untuk menjadi suami yang Tabah
Setabah AMIR ASYRAF melayan ZARA AISYAH yang Nakal.
Setabah ADAM yang cuba menyintai MAYA yang Keliru
Juga Setabah SETH untuk melembutkan hati NORALENA untuk menerima CINTA dari seorang Suami….
Namun aku bukan insan yang HARTAWAN untuk memberikan kebahgian kepada Isteriku
bukan anak DATO’ seperti Amir Asyraf
Juga Bukan CEO sebuah syarikat Pernigaan Jutaan Ringgit Seperti ADAM dan SETH
Aku hanya sekadar Imam kampung Yang Naif
Juga Insan yang masih bertatih dalam Nilai Agama ini.
Aku redho akan ketentuan ini
Allah pasti menghadirkan kebaikan dibalik gerimis petang yang kusut dan Suram
Dengan Pelagi indah yang tidak kan padam selamanya…
Aku Akan belajar untuk menghargai Nikmat ilahi ini… Dengan Solat dan Sabar.
ياحبيبتي، وانا رجلٌ فقير وحقير فقد
وانتِ بكرا الصليحة بالجمال الفتن والجاه العريض و نسب العريق.
وانتِ كالنجوم في السماء الله ولوءلوء في البحر

Comments (2) »

DIARI TAUBAT SEORANG DAIE : Ampunkan Aku Tuhan.


Ampunkanku Tuhan Atas setiap dosaku yang lalu

Seringkali aku terlupa dan alpa

Leka dengan pujuk rayu syaitan durjana

Hingga aku rebah untuk kesekian kalinya


Setiap kali berdosa aku begitu kesal dan sesal

Termenung aku kesorangan

Akan segala dosa-dosa itu

Yang sering bertimbun menjelang siang dan malam


Aku malu tuhan

Malu terhadap nikmatmu yang masih mencurah

Masih memberi ruang dan peluang untuk aku berubah.

Sedang aku masih seperti dulu.


Aku Lemah tuhan

Lemah dengan bujukan dunia yang indah.

Hingga aku lupa mendongak kelangit awan

Saat perlu memilih jalan kebaikan atau kemaksiatan


Tuhan berikan aku lagi peluang untuk aku berubah

Menjadi insan yang benar-benar insaf.

Atas dosa silam yang memenjarkan hati kebebasan

Atas kesilapaan yang meresahkan jiwa dan memusnahkan KEIMANAN.

Leave a comment »