DIARI SEORANG DAIE : Daie Yang Hanyut Dalam Dakwahnya.


JAWATAN ITU AMANAH ILMU.

Inilah kata-kata penuh semangat yang menyedarkan aku tentang amanah taklifan yang diberikan padaku. Aku akan cuba belajar membagi masaku untuk diri, ilmu jua untuk Ummat sebagai DAIE. Mungkin bunyinya agar Retorik, namun aku akan cuba belajar untuk melaksanakan amanah itu sedayanya.


Minggu depan, bermulalah medan perang ke-4 bagi ku di lembah ilmu Nilam Puri ini. Jujur semester ini adalah semester yang paling malas aku hadiri kuliah, walaupun semester inilah yang paling kurang madahnya. Mungkin kerna aku tidak mampu mebagi masa untuk tugasan dan taklifan ku selama ini. Jujur taklifan ini agak menjejaskan jadual menadah kitabku. Kira-kira baru 3 kali sahaja dalam semester ini aku ikuti kuliah Riadussalihin oleh Maulana Kamaruzzaman. Dia istiqamah jua bersemangat, sedang aku, leka dalam buaian angan…. Hingga akhirnya menjadi DAIE YANG HANYUT DALAM DAKWAHNYA.


Alhamdulillah juga adik-adikku masih bersamaku, jua memahamiku, abg tua mereka ini tidak mampu berlari laju seperti mereka. Kadang-kadang aku lelah dalam perjuangan ini, bukan kerana malas. Tapi mungkin kederat dan WAJIBAT ku banyak bersama keluarga tercinta. Seringkali aku ungkapkan kata-kata ini…. LETIHLAH ABG APIZ NI. SUPO ORANG TUA NAK JADI BUDAK. TAK LARAT DAH (“,). Akhirnya mereka ketewa…. (“,)


Aku akan cuba MENAHAN REBAH BERTONGKAT SABAR, walaupun hari ini aku seperti kura-kura dalam perjuangan kita, namun aku akan terus istiqamah untuk sabar dan teruskan BERTATIH dalam perjuangan ini. Maafkanku jika gerak kerjaku lambat dan perlu disusuli sentiasa. Namun aku akan terus belajar DAN Belajar. Buat adik-adiku, jangan segan untuk menegur silap dan salahku… Walaupun kadangkala teguranmu itu menghiris hatiku, akan ku pujuk dan ubati hati ini dengan mengenang gelak dan ketawa kita saat BERJUANG bersama….Sungguh persahabatan kita tidak mampu dibayar kerna semua bernilai dihati kecilku.


Buat saudara pimpinan juga sahabatku, perjuangan ini ada adik-adik kita yang hanya menurut membuta tuli… Wala dan TAAT tanpa henti. Namun jangan kerna WALA’ itu engkau mempergunakan mereka demi kepentingan peribadi dirimu… Ingat!!! Berapa ramai DAIE yang dibuang oleh ALLAH dalam perjuangan ini hanya kerana tidak iklas dan mengambail kesempatan diatas WALA saudara dan adik beradik kita… Berubahlah…. ALLAH mengetahui segala niatmu. Jangan sampai engaku dihina oleh ALLAH dalam perjuangan INI…


Adik-adikku doakkanku, Aku terlalu lemah dalam Ibadat, lemah dengan IMAN, juga lemah dalam dakwah. Lemah segalanya… Doakanku istiqamah dan tetap dalam perjuangan ini bersamamu… Aku akan cuba belajar lagi dan lagi dan lagi…. Moga Aku tidak menjadi seperti …..

DAIE YANG HANYUT DALAM DAKWAHNYA.


Leave a comment